Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013
  Saydina Ali dan Baju Perang Suatu hari setelah usai satu peperangan, Khalifah Ali r.a meletakkan baju perangnya di depan rumah. Beliau ingin membersihkan baju perang itu sebelum disimpan. Khalifah Ali r.a melakukannya sendiri walaupun puteranya Hasan menyuarakan hasrat untuk membantu. Seketika Khalifah Ali r.a mendapati baju perangnya hilang sebelum sempat membersihkannya. Khalifah Ali r.a berasa hairan dan bertanya kepada ahli keluarganya. Barangkali mereka tahu di mana baju perangnya. Namun demikian, tiada s eorang dari anggota keluarganya yang mengetahui hal tersebut. Malah, mereka berasa kehairanan. Beberapa hari kemudian khalifah Ali r.a melihat baju perangnya tergantung disebuah pasar milik seorang Yahudi. Beliau pun menghampiri orang Yahudi itu dan bertanya perihal baju perangnya. Namun demikian, orang yahudi tersebut menafikan baju perang itu milik Khalifah Ali r.a, malah mengakui baju perang itu adalah miliknya. Khalifah Ali r.a berasa amat yakin y